Tumblr Mouse Cursors
DUNIA BAHASA MALAYSIA: LATIHAN

LATIHAN


LATIHAN KATA NAMA
1) Sekawan ______________ sedang meragut rumput di 
    padang.
    a. ayam       b. lembu       c. itik            d. gajah

2) _____________ hantu suka menangkap tikus pada waktu 
     malam.
     a. Burung.      b. Itik.          c.  Ayam.        d.   Ular

3) Encik Lee merupakan seorang ______________ pakar diri 
     pusat perubatan Sime Darby.
     a.   doktor.       b.guru.         c. polis.          d. pensyarah

4) Ibu menuangkan air kopi ke dalam cawan lalu 
     mempersilakan _______________nya minum.
      a. pelawat.           b.  tetamu       
      c. pendatang.       d.  pengawal

5) ________________ dibina untuk memperingati pahlawan-
     pahlawan yang terkorban ketika mempertahankan 
     negara daripada serangan musuh.
    a.  Muzium negara   b. Taman negara    
    c.  Tugu negara       d. Pusat Sains Negara

6) Nenek Nora akan menjalani pemindahan buah ______ 
     pada minggu hadapan.
     a. hati         b. pinggang       c. jantung        d. perut

7) Pak Zainal bekerja sebagai ________ getah di lading 
    Kampung Bali untuk menyara keluarganya.
    a. penoreh        b.  petani         c. pekebun      d. pesawah

8) Noraini meletakkan kereta yang baru dibelinya di dalam 
     _______ .
    a. garaj          b.  gudang        c.  gedung       d.  gerai   

9) _________ sudah sepuluh tahun berkhidmat di Balai Polis    
     Ipoh.
a. Doktor Goh       b. Inspektor Abdulah    
c. Cikgu Fatimah    d. Ustaz Mohamad

10) Ayah menghadiahi Faris sebuah telefon bimbit 
       berjenama ______ .
  a. Saga       b. Adidas      c. Seiko     d. Nokia

11) Pelbagai aktiviti diadakan sempena Minggu Bahasa yang 
       dianjurkan oleh   ________ .
      a. Kelab Tarian                   b. Persatuan Sains
      c. Persatuan Matematik       d. Persatuan Bahasa Cina

12) Pilih ayat yang betul.
      a. Mangsa kemalangan itu telah dikejarkan ke Pasar   
           Borong Bunga.
      b. Murid-murid beratur untuk masuk ke dalam Zoo 
           Negara.
      c. Jururawat itu membantu Cikgu Tan merawat pesakit.
      d. Pawagam Bumi sedang mengadakan jualan 
           penghabisan stok.


Latihan Kata Kerja


1) Muthu sedang  ____________ buku Tatabahasa Dewan.
a. melukis    b. membaca     
c. mengayak   d. membuang

2) Lina ____________ mendengar bunyi letupan mercun itu.
a. berseronok   b. bercakap   
c. terperanjat   d. menjerat

3) Kelvin ____________ selamat tinggal kepada ibunya.
a. menganyam    b. mendoakan    
 c. melipat            d. mengucapkan

4) Para peserta sedang belajar cara ____________ tempurung di pusat latihan itu.
a. menyertai        b. bercakap        
c. mengukir         d. menyusur

5) Mei Ling _________ basikalnya dengan laju apabila dikejar anjing gila.
a. mengayuh       b. melarikan       
c. membawa       d. mendayung
6)Cikgu Chin terpaksa __________ motosikal abangnya ke pejabat kerana keretanya rosak.
a. menaiki         b. memandu     
c. menumpang     d. membonceng    
  
7) Pihak kerajaan  ___________ orang ramai agar sentiasa menjaga kebersihan alam sekeliling.
a. memanggil       b. mengajak        
c. melaung            d. menyeru
8) Pak Ahamd mendapat cedera parah kerana _________ oleh seekor kerbau jantan.
a. dihentam      b.  ditanduk      
c. disondol         d. ditumbuk
9) Ranjit _______ bola itu sehingga melepasi palang gol.
a. menendang      b. membawa      
c. mengawal        d. menggelecek
10) Keadaan di dalam rumah Sasikala berselerak kerana ______ oleh perompok.
a. dimasuki        b. dipunggah       
c. digeledah      d. dirosakkan

Kata Sendi Nama
1) Ravin sekeuarga baru sahaja sampai   ________ Pulau Langkawi.
a. ke      b. di     c. dari     d. hingga

2) Cikgu Tan menyampaikan pengajaran _________ murid-murid di kelas itu dengan bersungguh-sungguh.
a. untuk     b. oleh     c. dengan     d. kepada

3) Pak Abu bekerja keras mencari rezeki _________ isteri dan anak-anaknya.
a. hingga     b. kepada     c. terhadap      d. untuk

4) Peraduan mewarna itu terbuka kepada para pelajar yang berusia tiga belas tahun ________ lapan belas tahun.
a. dari       b. daripada      c. hingga      d. ke

5) Rombongan meminang anak Encik Hajid dan Puan Rina datang ________ negeri Selangor.
a. di          b. ke       c. dari      d. daripada

6) Lam Sai Bin sangat rindu _________ datuk dan neneknya yang kini berada di Pahang.
a. kepada       b. akan      c. dengan       d. demi

7) Chai Kai Li tinggal di Taman Bunga ________ sebulan yang lalu.
a. ke        b. dari       c. untuk       d. sejak

8) Abang menebas rumput di belakang rumah _________ sebilah sabit.
a. oleh      b. dengan      c. tentang      d. terhadap

9) Kavita sangat sayang _________ kakaknya.
a. akan       b. untuk      c. dengan       d. oleh

10) Rosita mencari-cari cincinnya yang hilang, ________   
 tidak ditemuinya juga. 
a.  namun     b. tentang      c. umpama     d. bagaikan
 
Kata Ganti Nama Diri 
1) (Saya, Kami) menjaga buku saya dengan baik,” kata Rahman kepada Muthu. 

2) Cikgu Kong ialah guru besar di sekolah saya. (Nya, Beliau) seorang guru yang tegas.

3) Ranjit dan Kim Seng berasal dari Perak. (Mereka, kita) bekerja di Kuala Lumpur.

4) (Kami,Kita) akan bertolak ke Kedah pada minggu hadapan,” kata Jun Kit dan Yi Mooi kepada Rahim.

5) (Dia,Beliau) ialah anak angkat Encik Yakob.

6) (Saya,Patik) hendak ke kedai untuk membeli garam.

7)“Jangan tinggalkan (aku,kami) sendirian, ” kata Rosni.

8)(Kami,Kita) hendaklah menghormati orang yang lebih tua.

9) “Segala perintah tuanku akan (aku,patik) laksanakan,” kata Hang Tuah.

10)  (Kami,Beta) akan berkelah di Pantai Emas.






4 comments:

  1. blog anda sungguh menarik
    terima kasih atas info yang dikongsikan

    ReplyDelete
  2. latihan yang sungguh menarik. tentu anak murid cikgu suka membuatnya.

    ReplyDelete
  3. Blog saudari sungguh menarik. Latihan-latihan ini amat sesuai untuk anak murid.

    ReplyDelete