Tumblr Mouse Cursors
DUNIA BAHASA MALAYSIA: KATA KERJA

Saturday, 10 November 2012

KATA KERJA

  • Ialah satu golongan kata yang digunakan untuk menunjukkan sesuatu perbuatan atau keadaan melakukan sesuatu.

  • Ada dua jenis:




  Kata Kerja Tak Transitif

  • Kata kerja yang dapat berdiri sendiri dalam ayat dengan tidak memerlukan objek .
    a)   kata kerja asal 
              Contoh : belayar,  tidur 
b)  kata kerja berawalan
     Contoh: memasak,  bertugas, bermain,  menangis,  
                   mengalir, berkokok. 
  • Contoh ayat :
                a) Kapal itu belayar sebentar lagi.
                b) Kakak ema suka memasak.
                c) Rosman sedang bertugas pada masa  itu.


Kata Kerja Transitif
  •   Memerlukan kata nama sebagai objek. Jika tiada objek, ayat menjadi tidak lengkap.
  • Contoh ayat :
      a) Dia akan menebas lalang.
      b) Pak Abu akan membaja dan menyiram tanam-tanaman.
      c) Pak Abu selalu mendengar  taklimat.




2 comments:

  1. terima kasih kerana sharing yaa... <3

    ReplyDelete
  2. sama-sama . Mari kita berkongsi maklumat !!

    ReplyDelete