Tumblr Mouse Cursors
DUNIA BAHASA MALAYSIA: KATA SENDI

Saturday, 10 November 2012

KATA SENDI



  • Digunakan untuk menghubungkan frasa nama dengan perkataan atau frasa-frasa yang lain.



  • Tidak boleh digunakan serentak di dalam ayat. Contohnya : demi untuk, sejak dari , dan selain daripada.

  •  Setiap kata sendi nama mempunyai fungsi tertentu.

  • Contoh : di, pada,  dari ,  ke , kepada,  daripada,  dengan,  hingga, sampai,  sebagai,  bag i,  untuk ,  sepanjang,  sejak,  oleh,  seperti,  umpama,   tentang,  terhadap,  selain,  dan selama.


1) di

  • Digunakan untuk tempat sahaja.
  •  Contoh ayat :    Rumah saya terletak di Taman Jaya.


2) ke

  • Digunakan untuk tempat dan masa.
  • Contoh ayat :   Kok Seng ke taman bunga.


3) dari

  •  Digunakan untuk tempat dan masa.
  • Contoh ayat : Ayah berasal dari Sabah.


4) daripada

  • Digunakan untuk orang dan asal kejadian.
  • Contoh ayat : Rumah yang besar itu dibuat daripada batu.


5) dengan

  • Digunakan untuk bandingan setara,  makna bersama-sama dan sebagai suatu alat.
  • Contoh ayat : Rupa Azim sama dengan bapanya.


6) kepada

  • Digunakan sebagai kata ganti diri.
  • Contoh ayat : Dia memberikan buah-buahan itu kepada saya.


7) pada

  •  Digunakan untuk masa dan orang.
  •  Dia tidak tahu pada siapa hendak meminta tolong.



3 comments:

  1. thank you for sharing
    well done

    ReplyDelete
  2. Terima kasih atas kepujian anda . Marilah berkongsi maklumat-maklumat di blog saya pada masa yang akan datang.

    ReplyDelete