Tumblr Mouse Cursors
DUNIA BAHASA MALAYSIA: November 2012

Friday, 30 November 2012

Kata Adjektif


-digunakan untuk menerangkan sifat atau keadaan sesuatu benda, manusia, binatang, tempat, masa dan sebgainya.

1)sifat/keadaan - baik, buas, lemah, rajin, miskin dan lain-lain.

2)warna- biru, ungu,jingga, kuning, merah dan lain-lain.


3)bentuk- bulat, tirus, cekung, bujur, segi tiga dan lain-lain.


4)ukuran- tinggi, tebal, pendek, nipis, rendah dan lain-lain.


5)waktu- awal, lampau, singkat, lewat, baru dan lain-lain.


6)cara- deras, laju, perlahan, pantas, fasih dan lain-lain.


7)jarak- dekat, hampir, renggang, nyaris, jauh dan lain-lain.


8)kekerapan- selalu, sering, kerap dan lain-lain.


9)perasaan- kasih, suka, benci, segan, rindu, marah dan lain-lain.


10)pancaindera- bising, busuk, tawar, lembut, bersih dan   
                              lain-lain.
kesalahan Umum


1)Li Bing budak yang paling terkurus di dalam kelasnya. (x)
    Li Bing budak yang terkurus di dalam kelasnya. (/)

2)Budak-budak yang bermain di taman itu comel-comel 
   belaka.(x)
    Budak yang bermain di taman itu comel-comel belaka.(/)

Friday, 23 November 2012

KATA NAMA KHAS



  • Kata nama khas ialah perkataan-perkataan khas untuk menunjukkan manusia, haiwan,benda, tempat dan sebagainya.


  • Huruf pertama semua kata nama khas ditulis dengan huruf besar.


Kata Nama Khas
Manusia  ---> Siti, Tang Lee Chin, Gopal,David, 
              Mak Cik Leha, Cikgu Choo

Haiwan  ---> Pak Belang, Si Tompok, Sang Rangkak, Si Jalak

Benda  ---> Proton Waja, Kamus Dewan, Sony, Pilot, 
            Majalah Wanita

Tempat ---> Subang Jaya, Ipoh, Kuantan, Johor Bahru, Kuching, 
             Sandakan, Malaysia, China, Jepun, India, 
              Indonesia

Hari/bulan ---> Ahad, Rabu, Syawal, Jun, Ogos

Jawatan/Gelaran ---> Perdana Menteri, Ketua Menteri, 
                  Tan Sri, Ketua Polis Negara, Datuk, 
                   Datin, Tun

Gunung/bukit --- > Gunung Tahan, Gunung Kinabalu, 
                     Bukit Fraser, Bukit Bendera

Judul Buku ---> Sejarah Melayu, Hikayat Hang Tuah, Puisi Baru,
              Tatabahasa Dewan

Bangunan ---> Wisa Putra, Kompleks Daya Bumi, Angkasapuri,  
             Stadium Nasional Bukit Jalil


Kesalahan Umum


  • Abang Ali belajar di tingkatan dua merah.(x)

  • Abang Ali belajar di Tingkatan Dua Merah.(/)




KATA NAMA AM



  • Kata nama am ialah kata yang menyatakan nama manusia, haiwan, tempat, benda, tumbuhan dan sebagainya secara umum.


  • Kata nama am ditulis dengan huruf kecil kecuali pada permulaan ayat.


Kata Nama Am
Manusia  ---> guru, bapa, doktor, peguam, arkitek, hakim,  
               tentera, dermawan, seniman.
Haiwan   ---> arnab, buaya, belangkas, bangau, badak, beruang,
               harimau, kambing.
Benda    ---> album, almari, baju, bidai, cangkul, cermin, 
               dayung,galah, gunting, sabit.
Tempat   ---> balai, bandar, dewan, gedung, gerai, gunung, 
               estet,guru, klinik, koperasi.
Tumbuhan ---> buluh,bunga,cengal,getah,rotan,pokok,padi, 
               tembakau,bayam, tebu.


Kesalahan Umum
  • Adik saya tidak pergi ke sekolah hari ini kerana sakit. (x)
  •   Adik saya tidak pergi ke sekolah hari ini kerana sakit. (/)


Tuesday, 13 November 2012

Kata Ganti Nama Diri



  • Kata Ganti Diri Pertama 
  • Kata Ganti Diri Kedua
  • Kata Ganti Diri Ketiga

 


Kata Ganti Diri Pertama


1) aku
  • Merujuk kepada diri sendiri apabila bercakap.  
  • Contoh ayat : Aku belum makan nasi.
2) saya
  • Merujuk kepada diri sendiri apabila bercakap.
  • Contoh ayat : Saya anak Encik Yong.
3) kita
  •  Merujuk kepada diri sendiri dan orang kedua. 
  • Contoh ayat :Pasukan kita mesti berlatih dengan bersungguh- sungguh.
4) kami
  • Merujuk kepada diri sendiri dan kawannya apabila bercakap dengan orang kedua.
  •  Contoh ayat : "Kami akan hantar buku latihan itu esok, " kata Lee dan   Nazli kepada Cikgu Wong.
5) hamba
  •  Merujuk kepada diri sendiri pada zaman dahulu.
  • Contoh ayat : "Hamba meminta izin untuk bermalam di sini, " kata Pak Tua.
6) patik
  • Merujuk kepada diri sendiri . Digunakan oleh rakyat apabila bercakap dengan sultan.
  • Contoh ayat : Patik akan turut segala perintah tuanku.
7) beta
  •  Digunakan oleh raja atau sultan apabila bercakap kepada rakyat.
  •  Contoh ayat : Beta rasa gembira melihat rakyat hidup aman damai.




  
Kata Ganti Diri Kedua




1) kamu
  • Digunakan untuk diri orang kedua yang hubungannya rapat dengan kita.
  • Contoh ayat : Kamu hendak ke mana Hadi?

2) anda
  •  Digunakan untuk diri orang kedua .
  •  Contoh ayat : Anda diminta jangan berbuat bising .
3) awak
  • Digunakan untuk diri orang kedua yang hubungannya rapat dengan kita .
  • Contoh ayat : Janganlah awak malu kepada ibu saya .
4) kalian
  • Merujuk kepada beberapa orang  yang diajak bercakap .
  •   Contoh ayat : "Kalian boleh datang ke rumah saya bila-bila masa sahaja, "kata Nita kepada Rina,  Noni, dan Giam .
5) engkau
  •  Digunakan untuk diri orang kedua yang hubungannya rapat dengan kita.
  • Contoh ayat : Bilakah engkau akan ke rumah aku ?
6) tuanku
  • Merujuk kepada sultan, raja atau kerabat diraja.
  • Contoh ayat : Sifat tuanku yang baik itulah menyebabkan rakyat menyayanginya.





Kata Ganti Diri Ketiga




1) mereka
  •  Digunakan untuk diri orang  ketiga yang bilangannya banyak.
  • Contoh ayat :    Mereka bermain bola sepak.
2) baginda
  • Digunakan untuk sultan, raja atau kerabat diraja.
  • Contoh ayat : Baginda sedang bersiram.
3) beliau
  •  Digunakan untuk diri orang  ketiga yang dihormati. Contoh : guru,menteri , ibu bapa
  • Contoh ayat : Puan Ani seorang guru. Beliau guru kelas saya.
5) dia
  •  Digunakan untuk diri orang  ketiga seperti orang  biasa atau kawan.
  • Contoh ayat : Itu Sonia. Dia jiran saya.
6) ia
  • Digunakan untuk diri orang  ketiga . Singkatan kata ganti diri dia.
  • Contoh ayat :Hari Jumaat ia tidak datang ke pejabat.